Total Pageviews

simple~sempoi~style

My photo
Malaysia
hanya cerita aku dia dan kami

Thursday, February 10, 2011

Bisul.

Bisul mmg satu penyakit yang sangat kurang ajar. Lebih-lebih lagi kalau penyakit ini terkena pada tempat-tempat yang memang kita tahu potensi untuk rasa sangat tak selesa dan menimbulkan perasaan nak tumbuk dinding sampai pecah.
Itulah yang terjadi pada aku, yang buat aku rasa kurang keyakinan diri. Hampeh, itu saja yang mampu aku katakan. Sudahlah aku ada midterm, ditambah pula assignment yang bertangguh lamanya. Tapi, aku teruskan juga destinasi aku ke kelas dengan penuh rasa bahang di muka, spot bisul bermaharajalela. Sangkakan ada midterm, maka hampeh sehampeh hampehnya ingin aku katakan. Pandai lecturer aku buat trick untuk suruh student-student datang kelas. Tangguh lagi midterm...


Tapi perkara penting yang hendak aku kongsi ialah mengenai satu budaya yang mungkin tidak pernah kita ketahui mahupun lihat di negara kita sendiri. Satu budaya yang menggabungkan muzik dan agama menjadi satu. Pelik, tapi inilah kebenaran. Perkara yang nak aku kongsikan ini adalah mengenai "TAQWACORE". Ya, mungkin anda hanya tahu 'hardcore', 'metalcore', atau seangkatan dengannya tapi ini lebih 'rare' dari apa yang anda atau saya ketahui. Satu aliran muzik yang diselaraskan dengan penghayatan agama iaitu agama Islam yang kini boleh di lihat di sebuah negara yang tidak asing lagi. Pernahkah anda lihat, seorang lelaki berpakaian lengkap sebagai punkers sembahyang seperti seorang muslim yang beriman kepada tuhannya yang satu, Allah S.W.T.  Mungkin anda tidak mahu percaya akan kata-kata saya, tapi hakikatnya ia memang berlaku. Jika anda masih tidak percaya, taip saja 'Taqwacore' dan anda mungkin bakal mempercayai dengan apa yang cuba terangkan....








Wednesday, February 9, 2011

cerita hari ini...

assalamualaikum.....
selamat pagi untuk semua yg sudi membaca.....
kepada prtner aku afiq niza...pagi ni dia ada test dan kena anta assgmnt...aku doakan agar dia dipermudahkan segala urusannya....amin.....
untuk aku plak..hampir seminggu aku hidup tanpa 3 btang gigi dpn ni...sngat menyeksakan untuk makan....
tp aku teruskan tanpa rungutan atau kekecewaan.....
tp hari ini aku akan dpt sedikit kegembiraan sbb mlm ni gigi aku dh siap...
pas ni aku dh ada gigi blik......sempoi balik....

Tanggal 10 Februari 2011 Masa 12.00am

"selatan bertemu utara"
title yang sangat mudah, ringkas tetapi padat...
idea asal aku dan afiq...
kami sama-sama akan mengerah keringat untuk menjayakan blog nie...
title di atas bukan bermaksud untuk menyertai apa-apa game atau bermusuhan...
tapi title itu buatkan kami untuk bercerita tentang kehidupan....
kehidupan diutara dan diselatan semasa perjalanan hidup bergelar student....
kehidupan yang bebas dri kongkongan ibubapa.....
kehidupan yang mahukan kami berdiri diatas kaki sendiri....
kehidupan yang serba kurang ajar, tipu muslihat, dan penuh dengan harapan...
kehidupan yang menentukan masa depan yang cerah atau gelap....
kehidupan yang dianggap penuh dengan kegembiraan tetapi sebaliknya sendiri mau ingat la....
inilah masa untuk mengenal segalanya....
inilah masa untuk meluahkan segala yang terbuku, tersirat mahupun tersurat dihati dua insan yang bergelar student..
sekian...sekadar pengenalan....