Total Pageviews

simple~sempoi~style

My photo
Malaysia
hanya cerita aku dia dan kami

Monday, February 14, 2011

kawan...

assalamualaikum...
kt sini aku nak cerita sket pasal kawan........
kawan ni sebenarnya sebahagian gak dari hidup kita....
bukan kata keluarga je yg penting tp kawan gak penting dalam tentukan masa depan,tempat untuk bergantung...

ada bnyak jenis kawan kalau kita tengok kt dunia ni.....
klu ikut pengalaman aku la sepanjang hidup aku dh masuk 22 tahun ni...
ada kawan yang baik,yang selalu ingatkan kita untuk kebaikan...
ada kawan yg nakal bukan jahat taw,yg slalu ajak kita wat benda yg bukan-bukan....
ada kawan yg suka nak buat dua2 skali..baik nak jadi,nakal pun ada la sket....
tp kita kena la pandai untuk cari kawan yg boleh cerahkan masa depan kita....
klu nak kata kawan penyebab kita ni jadi nakal aku rsa x leh nak salahkan diorang seratus peratus....
sbb kita salah gak bb x leh nak kawal nafsu n perasaan n hati n naluri kita nak wat sesuatu yg dikatakan nakal.
2 la aku ckp kita kena pandai cri kawan....
nak wat nakal 2 terpulang la...
tp kena ingat Tuhan..jgn sampai kita derhaka pada NYA....

ada pepatah ni kata...
"bila hati dh hilang fungsi untuk mencintai ALLAH, sungguh ia lebih sengsara dari mata yg kehilangan penglihatan dan telinga yg kehilangan pendengaran".....
mmg dasyat fungsi hati kita ni....

ok..balik pada apa yg aku nak cita tentang kawan ni....
aku sebenarnya ada ramai kawan...
kawan-kawan aku sumanya baik-baik..aku dh anggap diorang ni mcm sedara aku sendiri....
susah senang kawan aku tetap ada....
aku nak cta sket pasal kwn aku yg baik ni...
msa aku excidnt dlu, kawa2 aku ni la yg susah payah tlg aku,,masa mula2 aku telentantg tengah jalan,diorg ni la tolong bwk aku p pku,pas 2 teman aku plak pi hospital jitra, tunggu sampai mulut aku siap jait....
pas 2 amik aku bwk blik bilik plak....
dh 2 msak plak kt aku bubur bb aku dh x leh makan secara normal....
haha..mmg baik kwan2 aku ni....
dipendekkan crta...
setiap harilah membr aku tlg beli makanan kt aku selama 2 mggu...baik giler le...

walau cam na pun kita berkawan,sama ada baik sngt2,baik,sederhana baik @kurang baik....
ada gak mcm2 perasaan yg timbul bila kita bekawan....
kdg2 dri segi pecakapan dia pun bleh sbbkan tersinggung hati..
biasa la,kitakan manusia ada hati n perasaan...
kdg2 dri segi perbuatan kawan pun leh jdi kita terasa...
bnda ni suma aku dh rsa...
kdg2 aku rsa cam menyampah n dh x mau kawan ngan dia...
tp bila pikir balik x kan hanya disebbkan cakap dia n perbuatan dia kita nak putus shbat...
jdi aku buat bodo je,cam x da apa yg berlaku...
bru hidup ceria....
hahaha...klu x caya, try la ikut aku pnya prinsip 2,msti akan rsa nikmatnya...

ok la...dh letih menaip..idea aku bnyak ,tp xleh nak wat ayat yg sempoi..
nti ada masa n idea aku dpt bekembng aku sambung....hehe

Thursday, February 10, 2011

Bisul.

Bisul mmg satu penyakit yang sangat kurang ajar. Lebih-lebih lagi kalau penyakit ini terkena pada tempat-tempat yang memang kita tahu potensi untuk rasa sangat tak selesa dan menimbulkan perasaan nak tumbuk dinding sampai pecah.
Itulah yang terjadi pada aku, yang buat aku rasa kurang keyakinan diri. Hampeh, itu saja yang mampu aku katakan. Sudahlah aku ada midterm, ditambah pula assignment yang bertangguh lamanya. Tapi, aku teruskan juga destinasi aku ke kelas dengan penuh rasa bahang di muka, spot bisul bermaharajalela. Sangkakan ada midterm, maka hampeh sehampeh hampehnya ingin aku katakan. Pandai lecturer aku buat trick untuk suruh student-student datang kelas. Tangguh lagi midterm...


Tapi perkara penting yang hendak aku kongsi ialah mengenai satu budaya yang mungkin tidak pernah kita ketahui mahupun lihat di negara kita sendiri. Satu budaya yang menggabungkan muzik dan agama menjadi satu. Pelik, tapi inilah kebenaran. Perkara yang nak aku kongsikan ini adalah mengenai "TAQWACORE". Ya, mungkin anda hanya tahu 'hardcore', 'metalcore', atau seangkatan dengannya tapi ini lebih 'rare' dari apa yang anda atau saya ketahui. Satu aliran muzik yang diselaraskan dengan penghayatan agama iaitu agama Islam yang kini boleh di lihat di sebuah negara yang tidak asing lagi. Pernahkah anda lihat, seorang lelaki berpakaian lengkap sebagai punkers sembahyang seperti seorang muslim yang beriman kepada tuhannya yang satu, Allah S.W.T.  Mungkin anda tidak mahu percaya akan kata-kata saya, tapi hakikatnya ia memang berlaku. Jika anda masih tidak percaya, taip saja 'Taqwacore' dan anda mungkin bakal mempercayai dengan apa yang cuba terangkan....








Wednesday, February 9, 2011

cerita hari ini...

assalamualaikum.....
selamat pagi untuk semua yg sudi membaca.....
kepada prtner aku afiq niza...pagi ni dia ada test dan kena anta assgmnt...aku doakan agar dia dipermudahkan segala urusannya....amin.....
untuk aku plak..hampir seminggu aku hidup tanpa 3 btang gigi dpn ni...sngat menyeksakan untuk makan....
tp aku teruskan tanpa rungutan atau kekecewaan.....
tp hari ini aku akan dpt sedikit kegembiraan sbb mlm ni gigi aku dh siap...
pas ni aku dh ada gigi blik......sempoi balik....

Tanggal 10 Februari 2011 Masa 12.00am

"selatan bertemu utara"
title yang sangat mudah, ringkas tetapi padat...
idea asal aku dan afiq...
kami sama-sama akan mengerah keringat untuk menjayakan blog nie...
title di atas bukan bermaksud untuk menyertai apa-apa game atau bermusuhan...
tapi title itu buatkan kami untuk bercerita tentang kehidupan....
kehidupan diutara dan diselatan semasa perjalanan hidup bergelar student....
kehidupan yang bebas dri kongkongan ibubapa.....
kehidupan yang mahukan kami berdiri diatas kaki sendiri....
kehidupan yang serba kurang ajar, tipu muslihat, dan penuh dengan harapan...
kehidupan yang menentukan masa depan yang cerah atau gelap....
kehidupan yang dianggap penuh dengan kegembiraan tetapi sebaliknya sendiri mau ingat la....
inilah masa untuk mengenal segalanya....
inilah masa untuk meluahkan segala yang terbuku, tersirat mahupun tersurat dihati dua insan yang bergelar student..
sekian...sekadar pengenalan....